Wednesday, 20 April 2011

SIAPA MUSUH ISLAM ?

Persoalan yang sering timbul ialah, siapakah musuh – musuh Islam? Apakah pula sebabnya kita perlu mengetahui persoalan ini? Jawapannya ialah kerana membela agama Islam itu, wajiblah disertai dengan perjuangan dan jihad. Itu adalah sesuatu yang sangat pasti, jika kita hanya duduk di kedai kopi dan bercakap itu dan ini, kita tidak mungkin dapat mengagungkan Agama Islam secara syumul. Jadi, perjuangan untuk membelanya itu mesti dilakukan berterusan
Perlu juga difahami dan diketahui, bahawa perjuangan untuk membela agama Islam itu bukan mudah. Pasti banyak cubaan dan halangan – halangan yang harus dan terpaksa ditempuhi. Yang menghalang dan menentang inilah yang dikatakan musuh Islam. Oleh sebab itu, jika kita tidak mengetahui atau tidak menyedari siapa musuh Islam, pasti perjuangan itu akhirnya tidak kemana – mana. Apabila kita sudah mengetahui, siapa yang menjadi musuh kita, maka itulah yang mesti diperangi. Jangan pula terpikat dengan senyumannya yang manis. Imam Syafie R.A pernah berkata:
“Jikalau engkau melihat taring singa itu nampak keluar, maka janganlah engkau sekali – kali mengira bahawa singa itu tersenyum, maksudnya itu tanda singa tersebut akan menerkam kita.”
Musuh – musuh Islam itu ada dua bentuk. Pertama, musuh yang berdiam dikalangan kaum muslimin dan kedua, musuh diluar kalangan kaum muslimin. Mari kita melihat adakah kita termasuk dalam barisan musuh – musuh dalaman Islam?. Firman Alla S.W.T dalam surah Al-Ma’un ayat 1 – 7 yang bermaksud:
“Orang yang mendustakan agama, sudah pasti musuh agama, kerana hanya dimulut mengatakan Islam, dan sedangkan amal perbuatannya tidak menjurus kepada Islam. Kita perlu berhati – hati, jangan sampai menjadi golongan orang yang mendustakan agama. Mereka yang mendustakan ialah:
1.       Orang yang tidak memperhatikan anak yatim.
2.       Orang yang tidak memberi makan kepada orang miskin.
(dua bentuk golongan diatas termasuk dalam musuh Islam, jikalau ia berkuasa mengurus anak yatim dan orang miskin. Banyak cara yang boleh dilakukan, contohnya mendirikan rumah anak yatim, membantu kebajikan dan menyumbangkan dana pendidikan dan kesihatan untuk anak – anak yatim, untuk golongan fakir miskin pula menyediakan peluang pekerjaan sesuai dengan kedudukan mereka, memberi bantuan – bantuan insentif untuk berniaga dan sebagainya.)
3.       Neraka Wail bagi orang – orang yang lalai dalam solatnya
(ini adalah musuh yang ketiga, sehingga Allah S.W.T menyediakan bagi mereka neraka Wail. Sebabnya solat mereka tidak sempurna. Solat ikut – ikutan. Selain itu, orang yang selalu menunaikan solat pada akhir – akhir waktu, tidak menunaikan solat pada waktu telah ditetapkan. Ada pula orang tetap menunaikan solat, tetapi dalam masa yang sama, keburukkan dan kejahatan tetap dilakukan. Sedangkan sepatutnya solat dapat mencegah dirinya dari berbuat kemungkaran dan keburukkan. Pendekkata, orang yang solatnya tidak tentu arah, adalah musuh Islam.)

No comments:

Post a Comment