Program ko-kurikulum peringkat sekolah S.A.N kg Pimping Membakut telah diadakan pada 24hb Mac 2011 di dewan sekolah tersebut. Program ini adalah kali pertama diadakan pada peringkat sekolah, ianya merupakan salah satu pendekatan yang paling efektif untuk melatih murid supaya berkemampuan tampil di hadapan umum disamping dapat mencungkil bakat murid-murid sebagai qari, penghafaz, penasyid dan sebagai penulis seni kaligrafi islam.
Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Hj Jusi bin Hj Sarin, iaitu penyelia Sekolah-Sekolah Agama Negeri bahagian pedalaman bawah beaufort. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Tuan Hj Abd. Sani bin Marip YDP PIBG S.A.N Kg Pimping serta ibu bapa para pelajar. Acara pertandingan telah bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang.
Antara objektif penganjuran program ini ialah:-
1) Mengenal rasa cinta kepada Al-Quran dan Al-Sunnah.
2) Melahirkan sifat berani dikalangan murid berhadapan dengan masyarakat.
3) Memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan bakat dan menunjukkan
kreativiti masing-masing.
4) Memupuk ukhwan antara guru,murid dan ibu bapa.
5) Memilih wakil peserta ke pertandingan ko-kurikulum peringkat daerah Membakut.
Program ini melibatkan seramai 62 orang murid yang mewakili kelas masing-masing:-
| TAHUN | MURID | TAHAP |
| 1 | 4 | 1 |
| 2 | 4 | 1 |
| 3 | 4 | 2 |
| 4 | 20 | 2 |
| 5 | 16 | 2 |
| 6 | 14 | 2 |
Acara - acara yang telah dipertandingan pada hari tersebut adalah seperti berikut:
| TAHAP | ACARA |
| 1 | Membaca dan menulis jawi |
| 2 | Tilawah Al-Quran, hafazan, bercerita kisah-kisah nabi, maharah Al-Qiraati Wal-kitabah, nasyid |
Keputusan pertandingan telah diumumkan pada jam 5.00 petang pada hari tersebut. berikut adalah senarai nama murid yang berjaya mewakili sekolah ke pertandingan peringkat daerah Membakut.
| Tilawah Al-Quran | : L | Mohd Tarmizi Bin Tarshad ( Thn 6) |
| : P | Nurina Shafiah Binti Jainal ( Thn 4) | |
| Hafazan | : L | Ag.Mohd Hamizan Bin Ishak ( Thn 6) |
| : P | Elze binti Bujang ( Thn 6) | |
| Bercerita kisah-kisah Nabi | : L | Mohd Nizarudin Daniel ( Thn 4) |
| : P | Dg. Nur Shamirah Abd Mutalib ( Thn 6) | |
| Maharah Al-Quran Wal Kitabah | : L | Ag .khairul Aripin Ag. Yunus |
| : P | Abdah Nadhirah Khamis | |
| Nasyid | : Kumpulan Putra Mirwan dari kelas tahun 5 | |
Program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya, dengan kerjasama dan komitmen guru-guru dan AJK PIBG. Senarai AJK induk dan pelaksana program.
| PENASIHAT | :Ustazah Hjh Siti Azizah Hj MD. Binsin |
| PENGERUSI | :Tuan Hj Abd Sani Bin Marip |
| TIM.PENGERUSI | :En. Abd Halim Hj Pg. Bulkini |
| SETIAUSAHA | :Ustazah Norlailah Hj Kassim |
| BENDAHARI | :Ustazah Ok. Rohayati Ag. Duraman |
| :Ustazah Zianah Mohd Yusof |
Ketua jemaah hakim ialah Ustazah Norizah Omar serta dibantu oleh guru dan ibu bapa. Hakim-hakim dalam acara pertandingan adalah seperti berikut:
| Tilawah Al-Quran | :Ustaz Matdin Majid |
| :Ustazah DK. Rohanazati Wati Ag. Duramat | |
| :Ustazah Syarifah Munirah Abd Sani | |
| Hafazan | :Ustazah Salina Morotuarang |
| :Ustazah Ziana Mohd Yusof | |
| :Ustazah Ainah Abidin | |
| Maharah | :Ustazah Hjh Siti Azizah Hj Binsin |
| :Ustazah Dg Lizawati Abdullah | |
| :Ustazah Norlailah Hj. Kassim | |
| Bercerita Kisah-kisah Nabi | :Ustaz Herwan bin Harun |
| :Puan Munah binti Hj. Kassim | |
| :Ustazah Dk.Izzah Norfatihah binti Ak.kee | |
| Nasyid | :Ustaz Rozmi bin Jinin |
| :Puan Mariam Hj. Abbas | |
| :Puan Salina Salleh | |
| Membaca & Menulis Jawi | :Dk. Rohayati Ag. Duraman |
| :Cikgu Norhani Abdullah |
Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Tuan Hj Jusi Hj Sarin dan YDP PIBG Tuan Hj Sani Marip, dibantu oleh Guru Besar S.A.N Pimping Ustazah Hjh Siti Hj Binsin dan Ustazah Zianah Mohd Yusof. Perbelanjaan keseluruhan program ini ditangung oleh PIBG dan S.A.N Pimping Membakut. Sebelum bersurai para tetamu, ibu bapa dan guru-guru telah dijamu minum petang.
Akhir sekali diharapkan daripada program yang telah dilaksanakan ini, dapat melahirkan pelajar yang mempunyai ketrampilan, yakin pada diri sendiri,menghayati dan berpegang teguh dengan Al-Quran dan Al-Sunnah. Selain itu, melalui program ini juga diharap dapat menjalinkan hubungan erat antara murid dan guru serta ibu bapa. Semoga Allah S.W.T memberkati usaha yang kecil ini dan mendapat maghfirah dari- NYA Amin dan terima kasih pada semua yang terlibat.


No comments:
Post a Comment