Wednesday, 20 April 2011

MARI MENGENALI IMAM SYAFIE

Imam Al-Syafie adalah salah seorang daripada empat pengasas mehzab yang tersohor. Beliau adalah imam yang lahir pada zaman pemerintahan kerajaan bani Abbasiyyah. Imam Syafie sangat terkenal kerana kehebatannya dalam menuntut ilmu dan keunggulan peribadi serta akhlaknya. Mari kita selusuri serba sedikit kisah insan hebat ini.
Nama sebenar Imam Syafie ialah Abu Abdullah Muhammad bin Idris bin Al-Abbas Al-Syafie Al-Quraishiyyi. Beliau adalah dari keturunan Nabi Muhammad S.A.W pada Hisham bin Abd Mutalib bin Abd Manaf bin Qusay Al-Quraissyi.
Imam Syafie dilahirkan di Ghazzah Palestin pada tahun 150H. Ibunya bernama Ummu Habibah Al-Uzdiyyah berasal dari Yaman. Imam Syafie adalah seorang anak yatim. Bapa beliau telah meninggal semasa beliau masih kecil lagi. Imam Syafie dibesarkan oleh ibunya dalam kemiskinan. Namun demikian, kemiskinan itu bukan penghalang kepada ibunya untuk mendidik Imam Syafie menjadi insan yang cemerlang dan gemilang disepanjang zaman.
Ketika menuntut ilmu, Imam Syafie adalah seorang yang sangat rajin dan tekun. Kesukaran beliau untuk mendapatkan alat – alat tulis, memaksa beliau mencari kertas dan tulang – tulang untuk menulis ilmu yang dipelajari. Imam Syafie melakukan hal seperti itu kerana beliau tidak suka meminta – minta kepada orang lain.
Pada ketika Imam Syafie berumur tujuh tahun, beliau telah mahir tentang bacaan dan menyelami maksud – maksud ayat – ayat suci serta menghafaz kesemuanya. Beliau juga telah mempelajari Hadith dari ulama – ulama terkenal dalam masjidil haram seperti Sufiyan Ibn Uyainah. Beliau mempelajari Bahasa Arab di perkampungan Al-Huzail dan seterusnya beliau mempelajari ilmu fiqh dengan tekun dari Sheikh Muslim. Satu lagi kehebatan beliau ialah beliau telah pun menghafaz dahulu Kitab Al-Muwaffa’ sebelum berguru dengan Imam Malik.
Setelah kembali ke Mesir, Imam Syafie telah mengalami penyakit buasir yang agak serius dan beliau banyak kehilangan darah keran penyakit tersebut. Akhirnya beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada malam Jumaat 28 Rejab tahun 204H dalam usia 54 tahun.
Sebelum kembali ke rahmatullah, beliau telah meninggalkan wasiat untuk kita semua. “Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara”

Pertama
:
Hak kepada Din
iaitu
:
Mengurangkan tidur, mengurangkan percakapan dan berpadah – padah dengan rezeki yang ada.
Kedua
:
Hak kepada malaikat.
iaitu
:
Mengqadhakan kewajipan – kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah S.W.T.
Ketiga
:
Hak kepada kubur.
iaitu
:
Membuang tebiat suka menabur fitnah, membuang tebiat suka kencing merata – rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu yang dizalimi.
Keempat
:
Hak kepada Munkar dan Nakir.
iaitu
:
Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat – menasihati.
Kelima
:
Hak kepada Mizan (Neraca Timbangan pada hari kiamat)
iaitu
:
Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.
Keenam
:
Hak kepada Sirat. (Titian yang merentangi Neraka pada hari Kiamat)
iaitu
:
Membuang tabiat yang suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan berjamaah.
Ketujuh
:
Hak kepada Malik (Malaikat Penjaga Neraka)
iaitu
:
Menangis lantaran takutkan Allah, berbuat baik kepada ibubapa, bersedekah ketika terang – terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.
Kelapan
:
Hak kepada Ridhwan (Malaikat Penjaga Syurga)
iaitu
:
Berasa redha kepada Qadha’ Allah, bersabar menerima bala’, bersyukur keatas nikmat Allah S.W.T dan bertaubat dari melakukan maksiat.
Kesembilan
:
Hak kepada Nabi S.A.W
iaitu
:
Berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung kepada Al-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan dari Allah S.W.T.
Kesepuluh
:
Hak kepada Allah S.W.T.
iaitu
:
Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari keburukan, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Sebagai penutup daripada catatan ringkas ini, marilah kita bersama – sama menjadikan Imam Syafie sebagai idola kita selepas junjungan tercinta Nabi S.A.W seterusnya menghayati dan mengamalkan wasiat yang beliau tinggalkan kepada kita semua “AL-FATIHAH” buat yang mulia Imam Syafie.

No comments:

Post a Comment