Wednesday, 20 April 2011

SIAPA MUSUH ISLAM ?

Persoalan yang sering timbul ialah, siapakah musuh – musuh Islam? Apakah pula sebabnya kita perlu mengetahui persoalan ini? Jawapannya ialah kerana membela agama Islam itu, wajiblah disertai dengan perjuangan dan jihad. Itu adalah sesuatu yang sangat pasti, jika kita hanya duduk di kedai kopi dan bercakap itu dan ini, kita tidak mungkin dapat mengagungkan Agama Islam secara syumul. Jadi, perjuangan untuk membelanya itu mesti dilakukan berterusan
Perlu juga difahami dan diketahui, bahawa perjuangan untuk membela agama Islam itu bukan mudah. Pasti banyak cubaan dan halangan – halangan yang harus dan terpaksa ditempuhi. Yang menghalang dan menentang inilah yang dikatakan musuh Islam. Oleh sebab itu, jika kita tidak mengetahui atau tidak menyedari siapa musuh Islam, pasti perjuangan itu akhirnya tidak kemana – mana. Apabila kita sudah mengetahui, siapa yang menjadi musuh kita, maka itulah yang mesti diperangi. Jangan pula terpikat dengan senyumannya yang manis. Imam Syafie R.A pernah berkata:
“Jikalau engkau melihat taring singa itu nampak keluar, maka janganlah engkau sekali – kali mengira bahawa singa itu tersenyum, maksudnya itu tanda singa tersebut akan menerkam kita.”
Musuh – musuh Islam itu ada dua bentuk. Pertama, musuh yang berdiam dikalangan kaum muslimin dan kedua, musuh diluar kalangan kaum muslimin. Mari kita melihat adakah kita termasuk dalam barisan musuh – musuh dalaman Islam?. Firman Alla S.W.T dalam surah Al-Ma’un ayat 1 – 7 yang bermaksud:
“Orang yang mendustakan agama, sudah pasti musuh agama, kerana hanya dimulut mengatakan Islam, dan sedangkan amal perbuatannya tidak menjurus kepada Islam. Kita perlu berhati – hati, jangan sampai menjadi golongan orang yang mendustakan agama. Mereka yang mendustakan ialah:
1.       Orang yang tidak memperhatikan anak yatim.
2.       Orang yang tidak memberi makan kepada orang miskin.
(dua bentuk golongan diatas termasuk dalam musuh Islam, jikalau ia berkuasa mengurus anak yatim dan orang miskin. Banyak cara yang boleh dilakukan, contohnya mendirikan rumah anak yatim, membantu kebajikan dan menyumbangkan dana pendidikan dan kesihatan untuk anak – anak yatim, untuk golongan fakir miskin pula menyediakan peluang pekerjaan sesuai dengan kedudukan mereka, memberi bantuan – bantuan insentif untuk berniaga dan sebagainya.)
3.       Neraka Wail bagi orang – orang yang lalai dalam solatnya
(ini adalah musuh yang ketiga, sehingga Allah S.W.T menyediakan bagi mereka neraka Wail. Sebabnya solat mereka tidak sempurna. Solat ikut – ikutan. Selain itu, orang yang selalu menunaikan solat pada akhir – akhir waktu, tidak menunaikan solat pada waktu telah ditetapkan. Ada pula orang tetap menunaikan solat, tetapi dalam masa yang sama, keburukkan dan kejahatan tetap dilakukan. Sedangkan sepatutnya solat dapat mencegah dirinya dari berbuat kemungkaran dan keburukkan. Pendekkata, orang yang solatnya tidak tentu arah, adalah musuh Islam.)

MARI MENGENALI IMAM SYAFIE

Imam Al-Syafie adalah salah seorang daripada empat pengasas mehzab yang tersohor. Beliau adalah imam yang lahir pada zaman pemerintahan kerajaan bani Abbasiyyah. Imam Syafie sangat terkenal kerana kehebatannya dalam menuntut ilmu dan keunggulan peribadi serta akhlaknya. Mari kita selusuri serba sedikit kisah insan hebat ini.
Nama sebenar Imam Syafie ialah Abu Abdullah Muhammad bin Idris bin Al-Abbas Al-Syafie Al-Quraishiyyi. Beliau adalah dari keturunan Nabi Muhammad S.A.W pada Hisham bin Abd Mutalib bin Abd Manaf bin Qusay Al-Quraissyi.
Imam Syafie dilahirkan di Ghazzah Palestin pada tahun 150H. Ibunya bernama Ummu Habibah Al-Uzdiyyah berasal dari Yaman. Imam Syafie adalah seorang anak yatim. Bapa beliau telah meninggal semasa beliau masih kecil lagi. Imam Syafie dibesarkan oleh ibunya dalam kemiskinan. Namun demikian, kemiskinan itu bukan penghalang kepada ibunya untuk mendidik Imam Syafie menjadi insan yang cemerlang dan gemilang disepanjang zaman.
Ketika menuntut ilmu, Imam Syafie adalah seorang yang sangat rajin dan tekun. Kesukaran beliau untuk mendapatkan alat – alat tulis, memaksa beliau mencari kertas dan tulang – tulang untuk menulis ilmu yang dipelajari. Imam Syafie melakukan hal seperti itu kerana beliau tidak suka meminta – minta kepada orang lain.
Pada ketika Imam Syafie berumur tujuh tahun, beliau telah mahir tentang bacaan dan menyelami maksud – maksud ayat – ayat suci serta menghafaz kesemuanya. Beliau juga telah mempelajari Hadith dari ulama – ulama terkenal dalam masjidil haram seperti Sufiyan Ibn Uyainah. Beliau mempelajari Bahasa Arab di perkampungan Al-Huzail dan seterusnya beliau mempelajari ilmu fiqh dengan tekun dari Sheikh Muslim. Satu lagi kehebatan beliau ialah beliau telah pun menghafaz dahulu Kitab Al-Muwaffa’ sebelum berguru dengan Imam Malik.
Setelah kembali ke Mesir, Imam Syafie telah mengalami penyakit buasir yang agak serius dan beliau banyak kehilangan darah keran penyakit tersebut. Akhirnya beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada malam Jumaat 28 Rejab tahun 204H dalam usia 54 tahun.
Sebelum kembali ke rahmatullah, beliau telah meninggalkan wasiat untuk kita semua. “Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara”

Pertama
:
Hak kepada Din
iaitu
:
Mengurangkan tidur, mengurangkan percakapan dan berpadah – padah dengan rezeki yang ada.
Kedua
:
Hak kepada malaikat.
iaitu
:
Mengqadhakan kewajipan – kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah S.W.T.
Ketiga
:
Hak kepada kubur.
iaitu
:
Membuang tebiat suka menabur fitnah, membuang tebiat suka kencing merata – rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu yang dizalimi.
Keempat
:
Hak kepada Munkar dan Nakir.
iaitu
:
Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat – menasihati.
Kelima
:
Hak kepada Mizan (Neraca Timbangan pada hari kiamat)
iaitu
:
Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.
Keenam
:
Hak kepada Sirat. (Titian yang merentangi Neraka pada hari Kiamat)
iaitu
:
Membuang tabiat yang suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan berjamaah.
Ketujuh
:
Hak kepada Malik (Malaikat Penjaga Neraka)
iaitu
:
Menangis lantaran takutkan Allah, berbuat baik kepada ibubapa, bersedekah ketika terang – terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.
Kelapan
:
Hak kepada Ridhwan (Malaikat Penjaga Syurga)
iaitu
:
Berasa redha kepada Qadha’ Allah, bersabar menerima bala’, bersyukur keatas nikmat Allah S.W.T dan bertaubat dari melakukan maksiat.
Kesembilan
:
Hak kepada Nabi S.A.W
iaitu
:
Berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung kepada Al-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan dari Allah S.W.T.
Kesepuluh
:
Hak kepada Allah S.W.T.
iaitu
:
Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari keburukan, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Sebagai penutup daripada catatan ringkas ini, marilah kita bersama – sama menjadikan Imam Syafie sebagai idola kita selepas junjungan tercinta Nabi S.A.W seterusnya menghayati dan mengamalkan wasiat yang beliau tinggalkan kepada kita semua “AL-FATIHAH” buat yang mulia Imam Syafie.

KO-KURIKULUM PERINGKAT SEKOLAH SAN KG PIMPING MEMBAKUT, SABAH

Program ko-kurikulum peringkat sekolah S.A.N kg Pimping Membakut telah diadakan pada 24hb Mac 2011 di dewan sekolah tersebut. Program ini adalah  kali pertama diadakan pada peringkat sekolah, ianya merupakan salah satu pendekatan yang paling efektif untuk melatih murid supaya berkemampuan tampil di hadapan umum disamping dapat mencungkil bakat murid-murid sebagai qari, penghafaz, penasyid dan sebagai penulis seni kaligrafi islam.
Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Hj Jusi bin  Hj Sarin, iaitu penyelia Sekolah-Sekolah Agama Negeri bahagian pedalaman bawah beaufort. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Tuan Hj Abd. Sani bin Marip YDP PIBG S.A.N Kg Pimping serta ibu bapa para pelajar. Acara pertandingan telah bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang.

Antara objektif penganjuran program ini ialah:-
  1) Mengenal rasa cinta kepada Al-Quran dan Al-Sunnah.
  2) Melahirkan sifat berani dikalangan murid berhadapan dengan masyarakat.
  3) Memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan bakat dan menunjukkan 
      kreativiti masing-masing.
  4) Memupuk ukhwan antara guru,murid dan ibu bapa.
  5) Memilih wakil peserta ke pertandingan ko-kurikulum peringkat daerah Membakut.

Program ini melibatkan seramai 62 orang murid yang mewakili kelas masing-masing:-

TAHUN
MURID
TAHAP
1
4
1
2
4
1
3
4
2
4
20
2
5
16
2
6
14
2


Acara - acara yang telah dipertandingan pada hari tersebut adalah seperti berikut:

TAHAP
ACARA
1
Membaca dan menulis jawi
2
Tilawah Al-Quran, hafazan, bercerita kisah-kisah nabi, maharah Al-Qiraati Wal-kitabah, nasyid

Keputusan pertandingan telah diumumkan pada jam 5.00 petang pada hari tersebut. berikut  adalah senarai nama murid yang berjaya mewakili sekolah ke pertandingan peringkat daerah Membakut.

Tilawah Al-Quran
: L
Mohd Tarmizi Bin Tarshad ( Thn 6)
: P
Nurina Shafiah Binti Jainal ( Thn 4)
Hafazan
: L
Ag.Mohd Hamizan Bin Ishak ( Thn 6)
: P
Elze binti Bujang ( Thn 6)
Bercerita kisah-kisah Nabi
: L
Mohd Nizarudin Daniel ( Thn 4)
: P
Dg. Nur Shamirah Abd Mutalib ( Thn 6)
Maharah Al-Quran Wal Kitabah
: L
Ag .khairul Aripin Ag. Yunus
: P
Abdah Nadhirah Khamis
Nasyid
:  Kumpulan Putra Mirwan dari kelas tahun 5


           Program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya, dengan kerjasama dan komitmen guru-guru dan AJK PIBG. Senarai AJK induk dan pelaksana program.          

PENASIHAT
:Ustazah Hjh Siti Azizah Hj MD. Binsin
PENGERUSI
:Tuan Hj Abd Sani Bin Marip
TIM.PENGERUSI
:En. Abd Halim Hj Pg. Bulkini
SETIAUSAHA
:Ustazah Norlailah Hj Kassim
BENDAHARI
:Ustazah Ok. Rohayati Ag. Duraman
:Ustazah Zianah Mohd Yusof


Ketua jemaah hakim ialah Ustazah Norizah Omar serta dibantu oleh guru dan ibu bapa. Hakim-hakim dalam acara pertandingan adalah seperti berikut:

Tilawah Al-Quran
:Ustaz Matdin Majid
:Ustazah DK. Rohanazati Wati Ag. Duramat
:Ustazah Syarifah Munirah Abd Sani
Hafazan
:Ustazah Salina Morotuarang
:Ustazah Ziana Mohd Yusof
:Ustazah Ainah Abidin
Maharah
:Ustazah Hjh Siti Azizah Hj Binsin
:Ustazah Dg Lizawati Abdullah
:Ustazah Norlailah Hj. Kassim
Bercerita Kisah-kisah Nabi
:Ustaz Herwan bin Harun
:Puan Munah binti Hj. Kassim
:Ustazah Dk.Izzah Norfatihah binti Ak.kee
Nasyid 
:Ustaz Rozmi bin Jinin
:Puan Mariam Hj. Abbas
:Puan Salina Salleh
Membaca & Menulis Jawi
:Dk. Rohayati Ag. Duraman
:Cikgu Norhani Abdullah


Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Tuan Hj Jusi Hj Sarin dan YDP PIBG Tuan Hj Sani Marip, dibantu oleh Guru Besar S.A.N  Pimping Ustazah Hjh Siti Hj Binsin dan Ustazah Zianah Mohd Yusof. Perbelanjaan keseluruhan program ini ditangung oleh PIBG dan S.A.N Pimping Membakut. Sebelum  bersurai para tetamu, ibu bapa dan guru-guru telah dijamu minum petang.

Akhir sekali diharapkan daripada program yang telah dilaksanakan ini, dapat melahirkan pelajar yang mempunyai ketrampilan, yakin pada diri sendiri,menghayati dan berpegang teguh dengan Al-Quran dan Al-Sunnah. Selain itu, melalui program ini juga diharap dapat menjalinkan hubungan erat antara murid dan guru serta ibu bapa. Semoga Allah S.W.T memberkati usaha yang kecil ini dan mendapat maghfirah dari- NYA Amin dan terima kasih pada semua yang terlibat.